Tempatan

Derma organ satu jariah

PENDERMAAN organ bukanlah perkara yang asing di negara kita. Namun, masih ramai di kalangan kita walaupun petugas kesihatan masih tidak berikrar sebagai penderma organ. Masih ramai pesakit-pesakit yang memerlukan organ sebagai langkah terakhir bagi rawatan penyakit mereka menunggu seperti buah yang tidak jatuh. Malaysia adalah negara yang mempunyai bilangan pengikrar derma organ yang paling sedikit dan etnik Melayu menduduki tempat terendah berbanding etnik yang lain. Mengapa ini berlaku?

Pendermaan organ atau tisu ialah proses mendermakan organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan atau tranplantasi kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut. Selepas transplantasi organ, seseorang dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik. Penderma organ boleh dibahagikan kepada live donor (mereka yang masih hidup) dan deceased donor (mereka yang baru meninggal dunia kerana penyakit atau kemalangan).

Untuk berita penuh sila klik di sini

Leave a Reply

Back to top button