Tempatan

‘Dera Ala Militan’, Madrasah Bunuh Orang Ke? – Presiden PERKID

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 September 2022 – “Wartawan sensasi keluar berita sensasi, dera ala militan… hebat.. ala militan tuan-tuan…militan aku ni tengok, al Maunah yang bunuh orang. Militan ni Abu Sayyaf. Militan ni ganas. Ada ke orang yang dah kena bunuh kat situ?” soal Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat dalam satu kenyataan media.

Kata beliau, pihak madrasah telah berusaha untuk membuat rundingan secara baik namun pihak media menekan pihak madrasah dengan soalan yang bertubi-tubi seolah-olah menjadi ‘hakim’ kepada isu berkenaan.

“Dia pula jadi mahkamah tribunal. Sejak bila pulak engkau jadi mahkamah tribunal ni? Siapa kau? Kau siapa? Ini bukan kes kau handle. Kes dah polis handle biar polis buat kerjalah.”

Bukan itu sahaja, kata beliau, terdapat juga tuduhan bahawa madrasah tersebut telah beroperasi secara haram selama 20 tahun. Beliau menjelaskan bahawa sekiranya madrasah tersebut telah beroperasi secara haram, bagaimana perjanjian dapat dibuat sedangkan perjanjian dapat dibuat dengan adanya pendaftaran.

“Nak masuk anak mesti ada agreement, nak ada agreement mesti ada pendaftaran. Kalau tiada pendaftaran mana boleh buat agreement. Jadi tempat tu berdaftar lah. Apa masalahnya.”

Beliau turut mendakwa bahawa terdapat pihak yang mengumpulkan beberapa individu yang tidak berpuas hati untuk memburukkan lagi pihak madrasah dengan menokok tambah bahawa pihak madrasah melakukan 20 jenis penderaan.

“Buatlah, bagi kami, kami bertahan dengan segala tohmahan ini. Sebab kami cuba berunding cara baik dan kami cuba menunggu mereka dan berbincang dengan baik.”

Berikutan itu, katanya, keterangan akan diberikan sewaktu di mahkamah dengan menampilkan pihak-pihak yang berkaitan dan beliau turut menuntut agar memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka di mana ketika ini, tiga laporan polis telah dibuat oleh pihak madrasah.

Justeru, beliau mengingatkan pihak media untuk tidak menghukum sesuka hati yang akhirnya boleh menyebabkan mereka menanggung akibat atas tuduhan memfitnah.

Samudera.my sebelum ini pernah melaporkan bahawa dakwaan seorang remaja yang kononnya didera secara mental dan fizikal ‘ala militan’ di sebuah madrasah disahkan pihak polis sebagai palsu.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: