Tempatan

Sah, Sungai Rambai Port Dickson Ada DNA Babi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PORT DICKSON, 13 September 2022 – Analisis makmal mengesahkan bahawa air berwarna merah di dalam longkang yang mengalir ke Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

“Kehadiran DNA babi membuktikan Sungai Rambai tercemar dengan najis atau darah haiwan berkenaan walaupun ujian berkenaan belum diakreditasi mengikut keperluan ISO 17025,” kata Ketua Makmal Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhamad Shirwan Abdullah Sani kepada sebuah portal tempatan.

Tambah beliau, dengan adanya DNA babi di sungai tersebut juga membuktikan bahawa terdapatnya aktiviti penyembelihan dan pembuangan najis atau darah haiwan itu ke dalam sungai.

Selain itu, dilaporkan juga bahawa tahap pencemaran sungai itu juga sangat tinggi di mana koliform najis di dalam sungai adalah sebanyak 6.4 juta colony forming unit (cfu)/100 mililiter (ml) iaitu nilai mengatasi Kelas Lima, Standard Kualiti Air Kebangsaan.

Nilai Bakteria Escherichia Coli (E. Coli) juga menjangkau 1.8 juta cfu/100ml dan langsung tidak sesuai untuk sentuhan manusia kerana nilai bakteria sangat tinggi dan boleh mendatangkan risiko patogenik kepada manusia.

Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya sungai di Malaysia, menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: