Antarabangsa

Undang-Undang Absahkan LGBT Dicabar Di Mahkamah Tertinggi AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 06 Disember 2022 – Kes berkenaan seorang pereka laman web yang menolak untuk memberi perkhidmatan beliau terhadap perkahwinan sama jantina kini telah mendapat simpati daripada majoriti golongan konservatif bagi Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (AS).

Kes yang melibatkan pereka laman web, seorang Kristian Evangelis yang telah mewujudkan pertikaian bagi hak-hak golongan LGBT yang mendakwa hak kebebasan bersuara telah mengecualikan pihak-pihak tertentu daripada undang-undang anti-diskriminasi.

Pada Isnin lalu, para hakim telah mendengar hujah-hujah bagi rayuan Lorie Smith, seorang ahli perniagaan yang menuntut pengecualian daripada undang-undang Colorado yang menghalang diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan beberapa faktor lain.

Smith yang menguruskan perniagaan rekaan laman web bernama 303 Creative telah berpendapat bahawa Akta Anti-Diskriminasi Colorado telah melanggar hak golongan artis, termasuklah pereka laman web untuk mengamalkan hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam ‘First Amendment’ pada Perlembagaan AS.

Hak kebebasan bersuara yang dimaksudkan oleh Smith itu termasuklah hak bagi menzahirkan ketidaksetujuan mereka dalam mana-mana isu melalui karya-karya mereka.

Smith menyatakan bahawa beliau percaya yang perkahwinan itu sepatutnya hanyalah melibatkan dua jantina yang berbeza.

Pendirian Smith itu dilihat seperti telah menerima sokongan hakim-hakim yang konservatif, manakala hakim-hakim liberal pula cenderung terhadap hujah-hujah Colorado. Mahkamah kini mempunyai 6-3 majoriti bagi konservatif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: