Denmark Bakal Perkenal “Cukai Kentut Lembu”
AHAD, 30 JUN 2024 – Denmark bakal mengenakan sejenis cukai baharu kepada para penternak di negara tersebut yang berkaitan dengan gas rumah hijau yang dikeluarkan oleh haiwan-haiwan ternakan mereka.
Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Percukaian, Jeppe Bruus yang mana gas yang dikeluarkan oleh ternakan seperti lembu, babi dan biri-biri akan dikuatkuasakan bermula pada tahun 2030.
Cukai baharu tersebut dianggarkan akan meningkatkan kadar sasaran negara tersebut dalam mengurangkan pengeluaran gas sehingga 70 peratus dan mencapai keneutralan karbon, sebagaimana yang dijelaskan oleh menteri tersebut. Ujarnya,
“Kami akan mengambil sebuah langkah yang besar dalam menjadi negara yang beriklim neutral pada 2045”.
“(Denmark) akan menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan cukai CO2 sebenar pada (industri) agrikultur”.
Para penternak akan dikenakan cukai sebanyak sekitar $43 per tan bagi jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan oleh haiwan ternakan mereka.
Namun tindakan ini juga akan berkait dengan pengurangan cukai pendapatan sebanyak 60 peratus.
Langkah yang diambil oleh pentadbiran Denmark itu dijangkakan akan memberi kesan yang besar terhadap para penternak, berikutan purata pengeluar lembu negara tersebut menghasilkan sekitar 6.6 tan CO2 setiap tahun, dan jumlah yang sedikit rendah bagi babi dan biri-biri.