Antarabangsa

‘Dendam’ Penjajahan British, Pengguna Media Sosial ‘Gembira’ Ratu England Mangkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM (UK), 11 September 2022 – Kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu UK, disusuli dengan pelbagai reaksi dan emosi dalam kalangan masyarakat dunia, termasuk juga reaksi gembira dalam kalangan pengguna media sosial yang menganggap ratu terbabit sebagai “ketua kolonial” yang telah menjajah negara mereka.

Dalam sebuah ciapan, seorang pengguna laman Twitter menegaskan bahawa ratu tersebut adalah merupakan seorang “kolonial imperialis” dan beliau “bergembira atas kematiannya”.

“Saya rasa sesetengah dari kalian perlu diingatkan bahawa Ratu itu bukanlah nenek kalian yang membakar kek untuk kalian, dia adalah seorang kolonial imperialis yang rasis, dan saya gembira dia telah meninggal,” ujarnya.

Sebuah akaun Instagram pula mendedahkan penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat India hingga kini susulan penjajahan Britain ke atas tanah yang kaya dengan sumber asli tersebut.

“Tolong hormati, dan jangan tanya masyarakat yang pernah dikolonisasi mengapa mereka tidak bersimpati dengan kematian salah seorang ahli kepada institusi yang paling kejam dalam sejarah, yang merupakan sebuah penderitaan terhadap masyarakat kami, di mana kami harungi secara bergenerasi kekejaman dan rasa takut terhadap emosi dan ekonomi kami.”

“Berdasarkan laporan, British telah mencuri sejumlah $45 trillion dari India dalam masa dua abad. Itu hanyalah satu dari ratusan yang mereka telah rompak… Jangan minta simpati kami, kami mahu mereka baiki semula kesilapan mereka,” tegasnya.

Amina Akhtar, penulis, pula menyelar mereka yang menganggap individu bergembira atas kematian Ratu Britain tersebut sebagai tidak beradab. Ujar beliau,

“Sekiranya kamu marah mengapa orang dari negara yang dijajah – yang keluarga mereka rasai sendiri impak monarki British – tidak ‘beradab’, mungkin anda perlu berhenti seketika dan baca mengapa orang membenci mereka.”

“Ianya bukan sesuatu yang berlaku terlalu lama dahulu. Ibu bapa saya dilahirkan di bawah pemerintahan kolonial.”

Kini, laman Twitter dipenuhi dengan trend carian “Queen Elizabeth” dan “She’s Dead” (dia telah mangkat), di mana pengguna rata-rata ‘meraikan’ kematian pemimpin tertinggi Britain tersebut.

“Dia telah mati wahai pengguna Twitter berkulit hitam!! Masa untuk kembalikan semua peninggalan, duit/emas, seni dan lain-lain kepada tuan sebenar mereka, Free Africa!” ujar seorang pengguna.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: