Tempatan

Denda RM250 Tidak Kibar Jalur Gemilang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 21 Ogos 2022 – Premis perniagaan yang tidak memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini akan dikenakan kompaun sebanyak RM250. Inisiatif ini adalah bertujuan demi memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung kepentingan dan nilai kemerdekaan, sekali gus menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya akan menyerahkan notis pemasangan bendera kepada premis perniagaan dan denda akan diberikan kepada premis perniagaan yang gagal mematuhi arahan memasang Jalur Gemilang ketika sambutan merdeka.

“Pendekatan itu diambil tertakluk mengikut Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan, kerana melanggar syarat lesen seperti syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.”

Bagaimanapun, pihaknya memilih untuk mengambil pendekatan menasihati pemilik premis yang tidak memasang Jalur Gemilang terlebih dulu sebelum mengenakan tindakan berkenaan.

“Apa yang paling penting semangat dan jiwa kita untuk menyambut kemerdekaan itu lebih utama,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: