Tempatan

Denda RM10K Jika Suami Gagal Sambung Bayar Caruman PERKESO Isteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) adalah secara sukarela. Bagaimanapun, suami boleh didenda tidak melebihi RM10 ribu ringgit jika gagal meneruskannya setelah mencarum, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menurut laporan sebuah portal tempatan.

Namun, suami boleh berbincang atau membuat permohonan kepada PERKESO sekiranya tidak ada kemampuan atau keupayaan meneruskan caruman untuk isteri mereka.

Tegasnya, SKSSR yang akan berkuat kuasa 1 Disember ini adalah secara sukarela dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri masing-masing serta tiada tindakan akan diambil terhadap suami yang gagal berbuat demikian.

Mengulas lanjut mengenai skim ini, Datuk Seri M Saravanan berkata, walaupun tidak wajib, beliau percaya suami harus menunjukkan rasa sayang dan keprihatinan kepada isteri mereka.

“Saya merayu kepada suami mencarum serendah RM10 sebulan supaya isteri mereka memperoleh manfaat.”

Walaupun tidak wajib dan bukan paksaan tetapi ia penting,” katanya lagi.

RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan di Dewan Rakyat pada 25 Julai lalu, bertujuan melaksanakan SKSSR.

RUU itu antara lain membolehkan SKSSR dilaksanakan bagi menjaga kebajikan surirumah akibat berlaku sebarang kejadian ketika menguruskan rumah tangga serta melindungi mereka daripada sebarang penyakit yang menjejaskan kerja sebagai seorang suri rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: