Tempatan

Denda RM10,000 Kekang Lumba Haram, Mat Rempit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 07 Januari 2023 – Menaikkan denda sehingga RM10,000 mampu mengekang aktiviti lumba haram dan mat rempit, ujar Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Mohd Nor Izzat Mohd Johari (CIJ).

Katanya, pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sangat wajar untuk mencegah kegiatan tersebut sekali gus mendidik golongan muda dan ibu bapa yang membenarkan anak-anak terlibat dengan lumba haram dan mengubah suai motosikal.

BACA JUGA: Pelumba Haram Sukar Dibendung, Bina Litar Lumba Kos Rendah

BACA JUGA: Kemalangan Maut ‘Lumba Haram’: Perancangan Allah Mendahului Segala Perancangan

BACA JUGA: KKM Lancar Label Braille, Bantu Pesakit OKU Penglihatan Kenal Ubat 

“Selain itu, cadangan pindaan akta itu juga dilihat lengkap apabila pengusaha bengkel yang melakukan pengubahsuaian motosikal juga boleh dikenakan denda.”

Walau bagaimanapun, CIJ berpendapat, Kerajaan perlu melaksanakan inisiatif lain untuk golongan muda melakukan hobi bermotosikal seperti memperbanyakkan litar motosikal agar mereka boleh mempamerkan bakat sukan permotoran di tempat yang sepatutnya.

“Litar yang ada kini tidak mencukupi, malah penyelenggaraan juga tidak bagus selain caj yang dikenakan terlalu tinggi,” jelas beliau.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, penguatkuasaan tindakan tegas akan diambil selepas Kementerian Pengangkutan meminda Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 untuk kali ketiga bagi menangani isu lumba haram serta aktiviti mat rempit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: