Tempatan

Denda RM 500K, Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan dari pihak berkuasa sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ini atau bakal dikenakan denda sebanyak RM500,000.00.

Ia adalah untuk memastikan Sambutan Hari Kemerdekaan dapat diraikan dengan selamat serta bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam.

Selain itu, ia juga bagi mengelakkan risiko kemalangan terhadap pesawat-pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang menjalankan penerbangan formasi rendah di kawasan itu.

CAAM turut mengingatkan bahawa pengendalian aktiviti dron di negara ini tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

Sekiranya ingkar, pelaku akan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta 3 yang mengenakan denda tidak lebih lima ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Sekiranya pelaku itu adalah seorang individu, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan dan sekiranya pelaku itu dari sebuah pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit akan dikenakan.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: