Tempatan

Denda Rakyat Tolak Vaksin, Apa Komen Toqqi PPIM?

KUALA LUMPUR – “Kita dijanjikan United Nation hak untuk mengetahui. Lepas itu hak untuk memilih,” demikian tegas Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM ketika ditanyakan wakil Logout Malaysia di dalam rakaman temubual mengenai isu program pemvaksinan Covid-19.

Respons tersebut diberikan sebagai jawapan kepada kenyataan yang dibuat pihak-pihak tertentu yang mahu menghukum dan mendenda rakyat yang menolak program pemvaksinan.

“Ini seolah-olah nak jadi macam satu undang-undang yang nak memaksa. Apa hak kita sebagai pengguna?”

“Siapa yang nak buat, buat la. Tapi, kalau tidak, dia akan mencetuskan banyak polemik.”

Ujar Datuk Nadzim yang lebih mesra dipanggil Toqqi ini lagi, apabila pihaknya bertanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) persoalan mengenai vaksin ini, beliau hanya diminta untuk merujuk laman web KKM sahaja.

“Pasal kita tanya Kementerian Kesihatan dulu, suruh balas surat kita. Yang dibalasnya, dia suruh tengok website. Jadi ini satu tindakan yang pelik juga. Patutnya bantulah kita.”

Justeru, Toqqi mahu kerajaan untuk tidak mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Percayalah. Benda ini akan membawa tentangan suka tidak suka.”

“Mereka yang bertanggungjawab, tolong jawab. Jangan gunakan kuasa, rakyat akan bangkit kalau kita tak buat dengan baik,” tegas beliau lagi.

Malaysia akan memulakan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Rabu ini, 24 Februari 2021.

Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin, mereka yang mengalami kesan sampingan serius selepas mendapatkan suntikan akan diberi pampasan ex-gratia oleh kerajaan

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button