Tempatan

Denda, Penjara Jika Sabit Kesalahan Pembakaran Terbuka – JAS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUTTERWORTH, 21 Mei 2023 – Individu yang disabitkan kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka boleh didenda sehingga maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, tegas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang.

Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, kesalahan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 29A (2) atau 29B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

BACA JUGA: Tabika, Taska Tutup Jika Suhu Cecah 40°C

BACA JUGA: Jangan Tertipu Iklan Badal Haji Murah – MATA

BACA JUGA: Jasa Chen Man Hin Diabadikan, Satu Kejayaan Pemimpin DAP Negeri

Beliau memaklumkan, sehingga kini pihaknya menerima sebanyak 333 aduan berhubung pembakaran terbuka bermula awal tahun ini sehingga April lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 229 kes yang direkodkan meliputi aduan pencemaran udara manakala selebihnya membabitkan aduan pencemaran udara yang disebabkan pembakaran terbuka,” katanya.

Katanya, pihaknya kini giat menjalankan rondaan sama ada pada hari biasa termasuk hujung minggu bagi mengekang kegiatan pembakaran terbuka.

Oleh itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka susulan negara kini sedang dilanda fenomena El Nino.

“Justeru, kita harap masyarakat akan sama-sama menjaga alam sekitar dan tidak memburukkan lagi keadaan kerana selain masalah setempat, kualiti udara kita turut dipengaruhi jerebu dari negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Kakitangan Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara (SPU) dan Agensi Diperwakilkan Kuasa Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia di Wisma Persekutuan, pada Jumaat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: