Tempatan

Denda Jika Tiada Lesen Memandu, Rakyat Mohon Turunkan Harga Lesen

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 September 2022 – “Rendahkan lagi yuran nak buat lesen tu, ramai yang tak mampu…Sampai beribu…” luah seorang pengguna media sosial di laman komen pdrmsia_official.

Luahan itu disuarakan selepas laman Instagram pdrmsia_official itu menyiarkan satu kenyataan bahawa pemandu yang tidak memiliki lesen memandu dan tidak dilindungi insurans diri boleh didenda sehingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Tinjauan samudera.my di laman komen mendapati rata-rata pengguna media sosial menyentuh mengenai harga lesen yang ‘cekik’ darah dan ada juga yang mengadu bahawa proses menunggu untuk membuat lesen mengambil masa yang lama.

“Harga buat lesen tu rendahkan,” kata adiey69_.

Seorang lagi pengguna pula berkata, “Renew lesen mahal insurance lagi mahal…”

Dalam hal ini, nurul.puasa mencadangkan agar satu ujian khas diadakan untuk pemandu yang sudah mahir namun masih tidak mempunyai lesen memandu agar mereka boleh terus mendapatkan lesen.

“Sepatutnye untuk pemandu yang dah mahir tapi tak ada lesen lagi boleh buat ujian khas dan dapat lesen terus… diorang bukan tak nak buat lesen tapi banyak kerenah…masuk kelas berjam-jam lepas tu tiba-tiba nak pergi ke langkah seterusnya, sangkut saman. Lepas tu nak selesaikan bukan senang, tak boleh main bayar je, kena pergi mahkamah bagai…serik rasa nak buat…buat lesen bukan murah pulak tu…”

Didapati bahawa harga lesen memandu kereta (D) sahaja di seluruh Malaysia adalah dari RM1,150 hingga RM2,004.

Manakala harga bagi lesen memandu motor (B2) pula adalah dari RM350 hingga RM560.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: