Antarabangsa

Demokrasi lawan tentera di Myanmar, siapa menang, siapa tewas?

1 FEBRUARI 2021 sepatutnya menandakan sesi permulaan sidang Parlimen baru bagi Myanmar selepas pilihan raya diadakan pada 8 November 2020, ketika dunia masih bergelut dengan virus membunuh Covid-19.

Tetapi, pada awal pagi yang sepatutnya sidang Parlimen itu bermula, ada berita yang sudah dijangkakan berlaku – pemimpin de facto atau Canselor Myanmar, Aung San Suu Kyi serta beberapa pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) ditangkap tentera sebelum kemudiannya diisytihar darurat pula selama setahun.

Maka, plot drama politik di negara paling bongsu dalam entiti ASEAN ini, bertukar nada. Desas-desus kemungkinan rampasan kuasa tentera berlaku, yang dimulai percikannya oleh pengumuman darurat semakin tidak dapat ditahan-tahan lagi. Walaupun dinafi Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Ming Aung Hlaing, hal mengenai rampasan kuasa tentera segera mendominasi radar politik Myanmmar.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button