Antarabangsa

Demo Ganas Penyebab Kematian Polis, Iran Jatuh Hukuman Mati Terhadap Pelaku

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 18 November 2022 – Empat individu telah dijatuhkan hukuman menerusi tuduhan “bermusuh dengan Tuhan” yang mempunyai kaitan dengan siri protes melawan kerajaan Iran baru-baru ini.

Mahkamah Revolusi di Tehran telah menyatakan bahawa salah seorang daripada perusuh telah memukul dan membunuh seorang anggota polis menggunakan kereta yang dimilikinya, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita kehakiman Mizan.

Perusuh kedua pula dituduh dengan tuduhan memiliki sebilah pisau dan sepucuk pistol, manakala perusuh ketiga pula telah dituduh menghalang lalu lintas dan menyebabkan “keganasan”.

Manakala perusuh keempat pula telah disabitkan dengan kesalahan serangan menggunakan pisau, sebagaimana yang telah dilaporkan pada Selasa lalu.

Para aktivis hak asasi manusia telah mengutuk hukuman mati tersebut, yang mana ianya telah melibatkan lima individu yang telah dijatuhkan hukuman sejak Ahad lalu. Para aktivis menyifatkan perkara ini adalah disebabkan perbicaraan yang tidak adil.

Sekurang-kurangnya 348 orang perusuh telah dibunuh manakala 15,900 orang lagi telah ditangkap oleh pihak keselamatan Iran, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia (HRANA).

Para pemimpin negara tersebut telah menyifatkan siri protes itu sebagai sebuah rusuhan yang didalangi oleh pihak negara asing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: