Antarabangsa

Demi Umat Islam Uighur, Jepun Boikot Olimpik Beijing 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 05 Februari 2022 – Parlimen Jepun mengumumkan mereka tidak akan menghantar delegasi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 sebagai bantahan terhadap tindakan negara China ke atas umat Islam Uighur.

Dalam satu resolusi yang diterima pakai pada hari Selasa baru-baru ini, Ahli Parlimen negara matahari terbit itu menggesa kerajaan mengambil langkah serius menyelesaikan “situasi hak asasi manusia yang serius” di China.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Resolusi itu menyatakan, masyarakat antarabangsa telah menyatakan kebimbangan mengenai isu seperti tahanan dan pencabulan kebebasan beragama di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, Tibet dan Hong Kong.

“Isu-isu hak asasi manusia tidak boleh hanya menjadi isu domestik, kerana hak asasi manusia memegang nilai sejagat dan merupakan perkara yang wajar menjadi perhatian masyarakat antarabangsa,” demikian kenyataan dalam resolusi tersebut.

Sejak mengambil alih kerajaan Oktober lepas, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berulang kali menegaskan tidak akan bekerjasama dengan China kecuali apabila perlu.

Selain Jepun, Lithuania, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, Belgium, Denmark, Estonia,
Kosovo dan India juga menyertai boikot ini dengan tidak menghantar delegasi mereka ke acara sukan itu.

Ketegangan yang semakin meningkat melibatkan layanan terhadap umat Islam Uighur membuatkan banyak negara membuat keputusan untuk melindungi atlet-atlet mereka.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bermula semalam, 04 Februari 2022 dan akan berakhir pada 20 Februari 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: