Tempatan

Demi Pendidikan: MUIP Salur RM40,000 Kepada Pengurusan Pondok Ribat Sullamuttaufiq

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PEKAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyalurkan bantuan RM40,000 kepada pengurusan Pondok Ribat Sullamuttaufiq, di negeri Pahang bagi menyiapkan pembinaan surau pusat pendidikan Islam itu, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.

Surau Pondok Ribat Sullamuttaufiq adalah antara pusat pendidikan Islam di bawah seliaan MUIP.

“Surau itu amat penting untuk melancarkan aktiviti pendidikan,” kata beliau lagi.

Difahamkan, surau Pondok Ribat Sullamuttaufiq itu kini dalam fasa akhir pembinaan

“Diharap dapat disegerakan (pembinaan) untuk kemudahan pelajar pada sesi persekolahan akan datang,” tambah Dr Asmadi.

Mengakhiri kenyataan, Dr Asmadi mengingatkan semua sekolah agama dan pondok yang berdaftar dengan MUIP perlu sentiasa mematuhi peraturan bagi mengelak masalah dalam menguruskan pusat pendidikan agama di negeri Pahang.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button