Tempatan

Demi Palestin: NGO Gesa Kerajaan Sokong Gerakan BDS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2021 – Sekurang-kurangnya 31 NGO di negara ini menggesa kerajaan menyokong gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan produk Israel (BDS) antarabangsa dan menerima pakai semua langkah yang digariskan untuk menamatkan aparteid Israel.

Kerajaan turut disarankan mendesak masyarakat antarabangsa melakukan perkara yang sama.

“Keseluruhan pakej sekatan ekonomi dan pelucutan serta pemulauan dan pengasingan budaya harus dikenakan terhadap Israel oleh masyarakat antarabangsa. Hanya dengan tekanan sedemikian, Israel akan berbincang mengenai perdamaian sebenar dengan rakyat Palestin,” ujar mereka dalam satu kenyataan bersama.

Tegas mereka lagi, salah satu konsekuensi logik daripada langkah tersebut adalah dengan menolak sebarang sokongan lanjut untuk penyelesaian dua negara.

Kenyataan bersama 31 NGO itu antaranya termasuk Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim); Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM); Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa, Dr Noorazman Mohd Samsuddin sebelum ini memaklumkan, berdasarkan maklumat yang diperoleh secara langsung daripada pimpinan di Masjid al-Aqsa, keadaan semasa sangat kritikal.

“Maklumat dari pimpinan di Al-Aqsa memberitahu, ‘Keadaan sangat kritikal. Tentera cuba mengawal sempadan dan pagar Al-Aqsa. Dan bagi kami (rakyat Palestin), ini adalah perkara hidup atau mati. Jika mereka berjaya menghalau keluar 28 keluarga rakyat Palestin di penempatan Sheikh al-Jarrah, kawasan timur Jerusalem, mereka boleh merampas Al-Aqsa dengan mudah’.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: