Tempatan

Demam Malaria Monyet, Tiada Bukti Mampu Jangkiti Manusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 08 Jun 2023 – Tiada bukti yang menunjukkan bahawa demam malaria monyet mampu jangkiti manusia, menurut kajian para penyelidik dari beberapa institusi.

Memetik berita tempatan, para penyelidik di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kementerian Kesihatan Malaysia, London School of Hygiene and Tropical Medicine, National University of Singapore dan Imperial College, London menjalankan analisis matematik terhadap kes malaria yang dilaporkan di Malaysia dari tahun 2012 hingga 2020.

Analisis tersebut bagaimanapun menunjukkan corak spatial dan temporal bagi kes Plasmodium knowlesi atau demam malaria monyet ini di mana ia masih konsisten dengan bawaan daripada kera dan tiada bukti penularan berterusan dari manusia-nyamuk-manusia.

BACA JUGA: MP Langkawi Persoal Sejak Bila ‘Bak Ku Teh’ Makanan Warisan Malaysia?

BACA JUGA: KPM Keluarkan Garis Panduan Baharu Aktiviti Luar Kelas

BACA JUGA: Suami Wanita Tanggal Baju Kelab Komedi, Didenda RM16000

Memetik berita itu, biarpun kajian ini menunjukkan tiada bukti bahawa demam malaria monyet sedang merebak dalam kalangan manusia, namun ia mungkin akan berubah pada masa hadapan di mana strategi pengawasan dan kawalan baharu amat diperlukan bagi menangani ancaman kesihatan awam terbabit.

Sehubungan itu, dalam usaha ke arah menangani malaria, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS, Profesor Dr Mohammad Saffree Jeffree menggesa komuniti saintifik untuk sentiasa menyokong dan menjalankan penyelidikan yang rapi tentang malaria.

Untuk makluman, demam malaria monyet ini biasanya dibawa oleh kera dan merebak kepada orang ramai apabila nyamuk menggigit kera yang dijangkiti dan kemudian menggigit seseorang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: