Tempatan

Demam Babi Afrika Tidak Jangkiti Manusia – JPV

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 30 Januari 2023 – “Penyakit African Swine Fever (ASF) adalah penyakit bukan zoonotik dan ia tidak menjangkiti manusia. Sehubungan dengan itu, orang awam tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke Port Dickson.”

Demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) ekoran kebimbangan yang tercetus akibat kejadian penyakit ASF di Port Dickson baru-baru ini.

Terdahulu, JPV Negeri Sembilan (JPVNS) telah mengeluarkan surat pemakluman bertarikh 10 Januari 2023 bertujuan untuk memaklumkan kepada orang awam dan pemain industri serta bagi membendung perebakan penyakit tersebut di negeri itu.

Pihak mereka telah mengesahkan kejadian penyakit ASF melibatkan seekor babi hutan yang ditemui mati di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson pada 03 Januari lalu, menerusi ujian Real-Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) ke atas sampel tulang bangkai babi berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini, jangkitan penyakit ASF di negeri itu adalah terkawal dan tiada lagi laporan kematian babi hutan mahupun ternakan babi komersial di Negeri Sembilan.

BACA JUGA: Lato-Lato, Permainan ‘Haram’ Indonesia Kini Viral Di Malaysia

BACA JUGA: Menteri Zionis Dakwa Perang Hamas Semakin Hampir, Gesa Tubuh Pengawal Kebangsaan

BACA JUGA: Maksud Dan Kesan Istilah Wilayah – Haniff Khatri

Dalam pada itu, JPV memohon jasa baik semua pihak agar tidak menyebar berita tidak tepat dan segera merujuk kepada JPV bagi mendapatkan maklumat lanjut. Orang awam juga boleh melihat poster atau video hebahan JPV bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini.

Mengulas lanjut, penternak dan orang ramai diminta segera melaporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan sekiranya terdapat kematian babi hutan, babi kampung atau babi komersial.

Selain itu, laporan juga boleh dibuat menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya di talian 03-88702041 atau JPV Negeri Sembilan di talian 06-7628857.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: