Delegasi Arab Saudi, Oman Santuni Pemimpin Houthi Di Yaman
YAMAN, 10 April 2023 – Delegasi Saudi dan Oman telah mengadakan siri perbincangan bersama para pegawai Houthi di ibu negara Yaman, Sanaa sebagai salah satu daripada usaha antarabangsa dalam mencapai penyelesaian bagi konflik di Yaman.
Perkara tersebut telah dilaporkan oleh pihak media yang diuruskan oleh kelompok Houthi.
BACA JUGA: Hampir 10 Ribu Anak Luar Nikah, Anak Angkat Tunggu Status Warganegara
BACA JUGA: HATI-HATI! Pakar Beri Amaran Malaysia Bakal Dilanda Gempa Besar
BACA JUGA: Guna Gelaran Dato’ Sri Negeri Pahang Tidak Diiktiraf, Dua Lelaki Ditangkap
Lawatan tersebut menandakan terdapatnya perkembangan bagi rundingan di mana Oman telah berperanan sebagai orang tengah di antara Riyadh dan Sanaa, yang mana usaha ini adalah selari dengan usaha keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Momentum bagi proses rundingan tersebut juga telah mengalami peningkatan sejak Arab Saudi dan Iran telah mencapai persetujuan untuk mewujudkan kembali hubungan baik menerusi sebuah perjanjian yang mana China telah menjadi orang tengah bagi urusan terbabit.
Wakil Saudi dan Oman yang tiba di Yaman pada Sabtu lalu telah bertemu dengan pemimpin bagi Sidang Politik Tertinggi Houthi, Mahdi al-Mashat bagi tujuan perbincangan mengenai menamatkan permusuhan dan memansuhkan sekatan di pelabuhan-pelabuhan di Yaman.
Mashat telah menyifatkan tindakan yang diambil oleh semua pihak dalam hal ini sebagai mencari “keamanan terhormat”, yang menepati apa yang warga Yaman mahukan iaitu “kebebasan dan kemerdekaan”.
Manakala seorang lagi pemimpin Houthi, Mohammed al-Bukaiti pula berkata bahawa perdamaian yang tercapai di antara Houthi dan Saudi adalah sebuah kemenangan bagi kedua-dua pihak. Beliau turut menggesa kedua-dua pihak untuk mengambil langkah bagi “memelihara persekitaran yang damai serta melupakan apa yang telah berlalu”.