Iqtisad Pribumi

Dekonstruksi OPR: Justifikasi Dengan Cerita Mak Nenek, Mana Data? Mana Ukuran? – Hezri Sardi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Dekonstruksi OPR

Baru baru ini Bank Negara mengekalkan kadar faedah pinjaman Malaysia atau OPR pada 2.5%. Ini bukan sesuatu yang patut dipuji. Kenapa?

1) Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi banyak kali kata OPR bukan kerja Kerajaan. Itu kerja Bank Negara, Kerajaan tak boleh masuk campur. Jadi, adakah kita kena puji Bank Negara?

2) Bila OPR naik, adakah tak bagus? Ya sebab bayaran faedah hutang kita jadi mahal. Tapi adakah jika OPR kekal, bagus? Tak sebab sebab bayaran faedah masih lagi tinggi sejak sekian lama.

3) Macam mana dan adakah wujud kaedah tertentu yang diguna pakai oleh Bank Negara untuk turun naikkan OPR. Kalau ikut Perdana Menteri, ia “kuasa wewenang” Bank Negara. Maknanya suka hati Bank Negara nak buat apa walau tanpa ukuran yang boleh difahami. Adakah bilangan duit M1 dan M2 bertambah, jadi Bank Negara akan naikkan OPR. Setiap kali pengumuman OPR, Bank Negara akan keluarkan kenyataan media tapi apa yang tertulis dalam tu hanya satu karangan penglipur lara. Keluar cerita mak nenek pasal ekonomi negara tapi tiada ukuran tertentu. Misalnya, dia tak kata kalau bilangan duit M1 dan M2 bertambah 10%, kadar OPR naik 1 mata. Tiada ukuran. Tiada penerangan yang logik dan saintifik. Hanya ada satu karangan penglipur lara pasal ekonomi negara. Tiada standard tertentu yang menentukan naik turun OPR.

Sejak 3 Mac 2020, OPR negara turun dan hanya naik balik pada 12 Mei 2022. Sejak 5 Mei 2011 sampai 5 November 2019, OPR negara adalah sekitar 3.00%. Dalam sejarah, OPR jadi begitu rendah hanya pada awal 2020 ke 2021.

Pada 2006 hingga 2019, sebahagian besar masa, OPR sekitar 3%.

4) Kenapa Bank Negara tak naikkan OPR walaupun Kerajaan kata Bank Negara ada kuasa sendiri. Banyak ura-ura dalam sumber Bank Negara kata sepatutnya OPR dinaikkan. Tak naik sebab Bank Negara “takut” rakyat marah. Pilihan Raya Negeri tak lama lagi. Oleh sebab tiada sebab jelas macam mana OPR boleh naik turun, kita boleh kata turun naik OPR adalah sebab politik. Kalau Kerajaan rasa diri kuat, ia akan naikkan OPR. Kalau rasa takut, OPR tak naik.

Kenapa? Sebab apabila manusia buat sesuatu keputusan, selalunya melalui 2 cara, iaitu:

A) Berstruktur.
Misalnya, setiap pertambahan 1 juta duit M2, OPR dinaikkan 0.01% OPR. Sama ada sebab, kaedah itu betul atau salah belakang kira. Yang penting kaedah menaikkan OPR itu telus, difahami.

B) Discretionary (Wewenang)
Keputusan turun naik dibuat secara arbitrary (main agak-agak) oleh beberapa orang. Ini yang berlaku dalam jawatankuasa monetari Bank Negara. Ada wakil-wakil politik yang dilantik oleh Menteri Kewangan tapi dikatakan Kerajaan tak boleh campur tangan. Tapi sebab musabab untuk OPR kekal, turun, naik tak jelas. Cerita penglipur lara yang ditulis dalam kenyataan Bank Negara tak menjelaskan.

5) Pada 1980an, sejak “Volcker Shock”, turun naik kadar faedah mula digunakan dalam penyelesaian ekonomi. Sama ada, dasar faedah rendah atau tinggi. Tapi pada 1990an, Jepun mengalami kelemelesetan ekonomi . Salah satu cara mengatasi krisis ekonomi Jepun ialah dasar faedah sifar. Buat kali pertama, negara di dunia kenakan kadar sifar. 0%. Bukan betul-betul 0. 0.8% atau 0.6%. Kiranya kadar bunga jadi 0. Jadi, dasar faedah bukan lagi tinggi atau rendah. Kadar faedah boleh jadi 0. Di Malaysia, tak pernah 0. Paling rendah ialah pada 2020 hingga awal 2022, iaitu di bawah 2%.

Kadar faedah sifar kemudian tersebar daripada Jepun ke negara negara lain termasuk Eropah. Pada 2008 ke atas, dunia mengalami kelemelesetan ekonomi. Daripada itu, Bank Pusat Eropah memperkenalkan dasar faedah negatif pada 2014. Maknanya, lebih rendah daripada 0!

Jepun pun ikut pada 2016 dan dasar faedah negatif kekal sampai zaman COVID. Maknanya, kita di Malaysia masih lagi bergaduh pasal nak naikkan OPR ke 3% atau tak tapi di seluruh dunia, polemik sama ada kadar faedah negatif atau sifar. Kita masih lagi tertanya-tanya adakah turunkan OPR akan naikkan inflasi walhal terang lagi bersuluh kenaikan harga barang dan kos sara hidup tiada kaitan dengan OPR tinggi atau rendah.

Hezri Sardi

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: