Antarabangsa

Datuk Bandar Pertama Chennai Daripada Kasta Dalit

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHENNAI, 13 Mac 2022 – Priya Rajan, 28 tahun telah dipilih menjadi Datuk Bandar Greater Chennai Corporation pertama yang berasal daripada kasta Dalit, kasta paling rendah di India.

“Saya sangat teruja dan terkejut. Ia adalah tanggungjawab yang besar dan saya akan melakukan yang terbaik.”

Beliau yang mewakili Parti Dravida Munetra Kazhagam (DMK), menang tanpa bertanding jawatan yang penting dalam sejarah politik Tamil Nadu.

Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Ketua Menteri MK Stalin dan Menteri Kesihatan Ma Subramanian.

Mengikut jejak langkah bapanya R Rajan, yang merupakan pegawai kanan Dravida Munetra Kazhagam (DMK) di Thiru Vi Ka Nagar, dan sebagai anak saudara kepada seorang lagi bekas MLA DMK ‘Chengai’ Sivam, beliau menyertai politik seawal usia 18 tahun.

Bercakap tentang peranan baharunya, graduan Sarjana Perdagangan yang baru dilantik menjadi Datuk Bandar itu berhasrat untuk menjadikan Chennai sebuah bandar bertaraf dunia dan dijadikan contoh untuk bandar-bandar lain.

Priya Rajan berasal daripada kasta Dalit atau Paria yang bermaksud komuniti buangan yang ‘tidak boleh disentuh’, dilarang untuk menyertai kehidupan keagamaan dan sosial masyarakat dan kasta ini hanya melakukan pekerjaan yang dianggap “kotor” atau “tidak bermaruah” bagi masyarakat kasta tinggi.

Kira-kira 80 peratus kasta Dalit tinggal di kawasan luar bandar dengan eksploitasi ekonomi menjadi masalah paling teruk mereka. Selain itu, kebanyakan daripada kasta Dalit adalah petani marginal atau buruh tanpa tanah.

Leave a Reply

Back to top button