Antarabangsa

Konvoi Kemanusiaan Diserang, Indonesia & Singapura Kecam Tindakan Serang Diplomat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YANGON, 09 Mei 2023 – Singapura dan Indonesia mengutuk serangan ke atas diplomat yang menyertai konvoi kemanusiaan dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan di negeri Shan di timur laut Myanmar yang dilanda krisis.

Dua pegawai dari Kedutaan Singapura di Yangon adalah sebahagian daripada konvoi kemanusian ASEAN yang diserang dan mereka telah kembali dengan selamat ke Yangon, kata jurucakap Kementerian Luar Negeri republik itu.

BACA JUGA: Kerajaan Cadang Guna Susu Getah Tempatan Dalam Pembuatan Sarung Tangan

BACA JUGA: Awas! Harimau Bukit Berekeh, Perak, Mula Mengganas

BACA JUGA: PERHATIAN: Penutupan Jalan Sementara Di Sekitar Bandar Penawar Bermula 12 Mei Ini

Menjaga keselamatan kakitangan kemanusiaan dan diplomatik adalah sangat penting bagi memastikan mereka dapat meneruskan operasi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, katanya lagi dalam satu kenyataan.

Singapura mendesak semua pihak untuk menahan diri dari kekerasan, sesuai dengan Konsensus Lima Perkara. Hanya dialog yang membina dalam kalangan semua pihak berkepentingan utama di Myanmar boleh memudahkan penyelesaian secara aman demi kepentingan rakyat Myanmar.

Presiden Indonesia Joko Widodo pula berkata, konvoi itu berada bersama dengan pengiring tentera ketika dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan di rantau itu. Malangnya dalam perjalanan mereka, berlaku tembak-menembak dan tidak dapat dipastikan lagi siapa di sebalik serangan itu.

Walaupun masih belum jelas, bila dan siapa yang menyerang konvoi itu, Perdana Menteri Bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar, Mahn Win Khaing Than, dilaporkan menyalahkan junta tentera yang berkuasa di negara itu.

Laporan itu berkata tiada siapa yang cedera, tetapi beberapa peluru telah merosakkan kenderaan. Tentera menggunakan perkataan “pengganas” untuk menggambarkan semua yang menentang pemerintahannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: