Tempatan

Data Rakyat Malaysia Dilelong Serendah RM4,400

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 27 April 2023 – Data rakyat Malaysia dipercayai dilelong kepada sindiket penipuan dengan harga serendah RM4,400 hingga RM45,000.

Ketua Inovasi Digital Yayasan Digital Malaysia (YDM), Mohd. Fazli Azran membongkarkan bahawa kesemua data yang dilelong adalah daripada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta melibatkan bermacam industri termasuk perbankan dan telekomunikasi.

Ia dijual kepada penggodam menerusi pasaran gelap seperti forum dan aplikasi Telegram supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan jenayah itu.

BACA JUGA: Operasi Pembenihan Awan Dijangka Bermula Akhir Bulan Ini

BACA JUGA: Dua Jenama Mi Segera Diarah Tarik Balik, Mengandungi Bahan Berbahaya

BACA JUGA: Al-Quran Ditemui Dalam Dasar Laut, Masih Boleh Dibaca

Malah ada juga data yang dijual ‘secara langsung’ kepada sindiket bagi mendapatkan nombor telefon rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, data-data yang dilelong mempunyai maklumat lengkap peribadi individu seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, tarikh lahir, jantina, bangsa, agama, nombor telefon dan juga gambar.

Menurut Fazli, “Semua data yang dibeli akan digunakan bagi melakukan jenayah penipuan atau melakukan aktiviti pemasaran dengan menawarkan penjualan rumah, insurans dan kereta terpakai.”

Sebagai rekod, Malaysia mencatatkan kedudukan pertama dalam kebocoran nombor telefon bimbit dengan 73 peratus atau lebih 21 juta orang dipercayai nombor telefon mereka dibocorkan atau dijual kepada sindiket penipuan atas talian.

Statistik ini berdasarkan Laporan Penipuan Tahunan Gogolook 2022 yang meneliti kebocoran maklumat sulit dan operasi huluan dalam rantaian industri sindiket penipuan di beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan, Thailand, Jepun dan Korea.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: