Tempatan

Data Pengguna MySPR Dijual Online

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 November 2022 – Lebih 800,000 pangkalan data pengguna yang didakwa diperoleh daripada sistem MySPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai dijual pada harga RM9,401 secara dalam talian.

Laporan itu berdasarkan dakwaan seorang pengguna Twitter yang menyatakan pangkalan data itu antaranya mengandungi nama penuh, alamat kediaman, nombor kad pengenalan, alamat emel, tarikh lahir, swafoto dan kata laluan pengguna.

Maklumat itu didakwa sebahagian daripada data Electronic Know Your Customer (eKYC) sistem MySPR yang dikumpul pada 2019 apabila orang ramai mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi dalam talian melalui laman web Daftar MySPR yang baru dilancarkan.

Menerusi hantaran tweet itu juga, pangkalan data itu didakwa memiliki daftar pemilih penuh dengan butiran 22 juta pemilih dan mengandungi lebih daripada 1.6 juta imej eKYC dengan jumlah saiz fail 67GB yang dijual dengan harga AS$2,000 sama ada dalam mata wang kripto Bitcoin atau Monero.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: