Tempatan

Data Pengguna MySPR Boleh Dijual – SPR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 November 2022 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) boleh dijual tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Menurut sumber, ia biasanya dibeli oleh parti-parti politik bagi tujuan semakan pemilih.

Penjualan DPPR secara buku dan softcopy itu hanya mengandungi nama pemilih, nombor kad pengenalan, tempat mengundi, pusat mengundi, daerah mengundi dan bahagian pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menerusi maklumat senarai harga yang dipaparkan SPR, ia ditetapkan antara RM343.80 hingga RM29,512.80 yang berbeza mengikut negeri dengan jumlah keseluruhan bagi seluruh negara berjumlah RM170,128.60.

DPPR boleh dibeli untuk keseluruhan bahagian pilihan raya Parlimen atau negeri bagi satu negeri atau DPPR bagi satu bahagian pilihan raya Parlimen atau negeri sahaja.

Bagaimanapun, DPPR secara percuma diberikan kepada calon yang disahkan bertanding dalam PRU-15 pada hari penamaan calon yang mana akan menerima DPPR dalam format buku dan ‘CD (format-mdb)’.

Namun begitu, SPR mengingatkan mereka yang membeli supaya memastikan dokumen itu tidak terlepas ke tangan sindiket tertentu yang mungkin mengambil kesempatan menggunakan data-data tersebut untuk melakukan jenayah bagi mengaut keuntungan.

“Oleh itu, bagi mereka terutamanya parti-parti politik yang membeli data-data ini perlu bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan maklumat agar data ini tidak disalahgunakan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: