Tempatan

Dasar Khas Wanita Johor, Tangani LGBTQ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 24 Ogos 2022 – Johor akan memperkenalkan dasar khas Wanita Johor untuk menangani isu lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid, dasar itu kini sedang dirangka bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Khairin Nisa Ismail.

“Budaya LGBTQ ini menjadi kebimbangan Kerajaan Negeri kerana ia mudah menjadi ikutan golongan lebih muda atas pelbagai faktor termasuk pengaruh rakan sebaya,”

“Justeru, dasar khas Wanita Johor yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu menjadi modul lengkap membabitkan pendidikan keluarga, undang-undang serta penguatkuasaan membabitkan golongan wanita, keluarga dan masyarakat.”

Katanya, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) turut berperanan merangka modul tersebut bagi memastikan penglibatan kelompok itu dikenal pasti dan ditangani di peringkat awal sebelum merebak dalam masyarakat.

“Dasar itu juga akan merangkumi modul bagi menangani isu LGBTQ dari awal di peringkat keluarga supaya ia tidak berakar umbi dan menjadi barah dalam masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Kaunseling Islam ‘Pelangi Islam’ di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar pada Selasa lalu.

Berkata tentang Singapura, Fared menegaskan Johor merupakan negeri Islam, oleh itu negeri itu akan bertindak mengikut acuan sendiri dalam menjaga rakyat termasuk terpengaruh daripada unsur LGBTQ.

Sebelum ini, samudera.my pernah mendedahkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan akan memansuhkan jenayah seks antara lelaki berikutan golongan muda di negara itu semakin menerima golongan gay.

Ini menjadikan Singapura antara negara Asia yang mengumumkan pemansuhan undang-undang terhadap hak LGBTQ selepas India dan Thailand.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: