Tempatan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Kerajaan Tidak Bersungguh?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 – “Sepatutnya dasar kebudayaan tak perlu dibincang, perlu terus dilaksanakan. Persoalannya, bersungguh atau tidak, Kerajaan dalam melaksanakan dasar kebudayaan ini?” soal Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, dalam satu rancangan, Perbincangan Rakyat Demi Malaiu 3.0.

“Perancangan dah ada, dah cantik, tapi kenapa tak dilaksanakan sama dengan perancangan?” tegas beliau.

BACA JUGA: Tuduhan Penipuan Ratusan Juta, Teddy Teow Diekstradisi Ke China

BACA JUGA: YDPA & Raja Permaisuri Sempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kapten Kepada Pemangku Raja Pahang

BACA JUGA: Filem Pulau: Tidak Perlu Kaji Semula, Tiada Unsur Lucah

Menurut portal MyGovernment, Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah garis panduan dalam mewujudkan dan membentuk satu bangsa bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Ia dilihat penting dari segi pembangunan bangsa kerana dapat mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan sekali gus memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.

Selain itu, dasar ini juga penting bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian, seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Profesor Dr Ridhuan Tee berkata, “Apa yang nampak, elemen-elemen dasar kebudayaan negara tidak diaplikasikan, contohnya pakaian pramugari yang sepatutnya diperagakan mestilah menunjukkan identiti negara, kaum dan agama asal negara, namun Malaysia tampaknya gagal untuk melaksanakan hal tersebut.”

Beliau juga mempersoalkan situasi di mana pelancong negara ini tidak dapat menikmati tradisi khazanah yang wujud, kerana Malaysia tidak mengangkat sepenuhnya budaya dan lebih terikut kepada trend semasa.

“Contohnya, Malaysia lebih meraikan tarian-tarian terkini atau urban daripada tarian zapin, lagu-lagu tradisional semakin hilang, pakaian dan sebagainya.”

Ujar beliau, “Adakah kerana tiket ‘berbilang kaum’, negara terlalu bertoleransi dalam menunjukkan identiti ‘sebenar’ negara sehinggakan budaya yang sepatutnya ditonjolkan lebih, telah disamaratakan haknya?”

Dalam pada itu, jelasnya, negara lain tidak berkompromi dengan identiti negara mereka, contohnya Thailand. Mereka akan memastikan filem-filem yang masuk ke negara mereka ‘dithailandkan’.

Sementara di Malaysia, konsep sama rata digunakan dalam mempamerkan identiti negara Malaysia dan ini tidak adil kepada budaya kaum asal iaitu Melayu dan kaum bumi yang lain, tegas Profesor Dr Ridhuan Tee.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat, “Formula 6/10 patut digunakan, di mana 6 merujuk kepada budaya kaum asal negara ini dan 4 adalah budaya lain-lain.”

“Bukannya 1:1:1 seperti yang diguna pakai oleh Kerajaan Malaysia (1 tarian Melayu, 1 tarian Cina, 1 tarian India) dalam mempromosikan budaya-budaya yang ada di Malaysia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: