Dari Timur Tengah Hinggalah Ukraine, Barat Guna Keganasan Sebagai Alat Politik – Portal
AMERIKA SYARIKAT, 21 Februari 2023 – Sebuah portal berita RT telah menyiarkan sebuah video pendek yang telah dihasilkan oleh wartawannya, Murad Gazdiev mengenai bagaimana Barat menggunakan keganasan sebagai alat politik.
Gazdiev menerusi video tersebut telah membawa penonton untuk memahami bagaimana kaedah yang digunakan oleh pihak Barat dalam mencapai cita-cita politik mereka di seluruh dunia menerusi penggunaan proksi seperti kumpulan nasionalis Ukraine dan kelompok pengganas yang menggunakan nama Islam.
BACA JUGA: Kerajaan Bakal Bincang Isu Pampasan Untuk Penternak Babi Terkesan Wabak ASF
Permulaan video tersebut menunjukkan perspektif sejarah di mana sewaktu berlangsungnya Perang Dunia Kedua, tentera Adolf Hitler telah melatih dan menyediakan alatan ketenteraan kepada kumpulan-kumpulan nasionalis Ukraine yang mana kumpulan-kumpulan ini kemudiannya telah membunuh ratusan ribu orang Pole, Rusia dan orang-orang Yahudi.
Generasi terkini kelompok-kelompok nasionalis Ukraine pula telah dilengkapi dengan alatan-alatan ketenteraan yang dibekalkan oleh NATO.
BACA JUGA: Pembantu MP ‘Dihalau’ Keluar, Pakai Skirt Pendek Terbelah Ke Parlimen
Lebih dari itu, media sosial juga dipenuhi oleh video-video yang sengaja menonjolkan bagaimana kelompok yang sama sedang menyeksa dan membunuh bukan sahaja tentera Rusia, malah juga orang awam.
Video yang sama turut menonjolkan bagaimana keadaan di Timur Tengah yang mana kewujudan Islamic State yang sebenarnya berasal dari kem-kem serta penjara-penjara di Iraq yang diuruskan oleh Amerika Syarikat (AS).
BACA JUGA: Sakit Mental Di Kalangan Remaja & Kanak-kanak Perlu Lebih Perhatian
Kumpulan pengganas tersebut kemudiannya telah melakukan keganasan di rantau tersebut dengan senjata-senjata yang diperolehi dari AS dan Britain. Terdapat beberapa individu yang telah ditemu bual bagi mengesahkan naratif yang di bawa oleh video tersebut termasuklah mantan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai.