Tempatan

Dari Bini Sekolah Rendah Sampai Nak Beranak, Jalan Teluk Cempedak Tak Elok-Elok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 14 Januari 2023 – “Koi nak bagitahulah, isteri koi masa sekolah rendah pun jalan ini rosak. Sampailah jumpa dia, kahwin, dah nak beranak dah, tak elok-elok Teluk Cempedak ini. Apa ke halnya?,” soal pelakon dan pelawak Malaysia, Zalif Sidek.

Beliau juga di hantaran Instagram meluahkan rasa hairan mengapa begitu lama kerja-kerja pembaikan tersebut tidak selesai.

BACA JUGA: Pembayar Zakat Melaka Meningkat Lebih 53 Ribu Orang

BACA JUGA: NGO Gesa Kerajaan Keluarkan Senarai Scammer, Jangan Tunggu Sampai 10K Mangsa

BACA JUGA: Tolak ‘Standard’ Soalan BM Sama Rata, Bukti Kenapa Murid SRJK Gagal & Lemah BM – CIJ

Zalif Sidek juga mempersoalkan yang apa dilakukan oleh pihak berkenaan kerana terdapat juga lubang yang menjadi antara penyebab satu lorong tidak dapat digunakan dan jalan menjadi sempit.

“Setiap kali koi nak pegi TELUK CEMPEDAK mesti menatang paip tgh ni buat hal… tak tahu dia tanam ape dalam nie Emas ke, Tembaga ke… halaaaaa”

Tambah Zalif Sidek atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, sejak tertubuhnya Teluk Sisek dan Teluk Cempedak lagi telah wujud kon-kon jalan raya yang diletakkan di jalan tersebut.

Justeru, selain bertanya kepada warga Kuantan berkenaan isu yang sudah memakan tahun ini, beliau juga di hantaran turut memetik beberapa nama akaun seperti @officialsripahang, @beliapahang dan beberapa lagi akaun Instagram lain sebagai inisiatifnya sendiri supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

Meninjau ke ruangan komen pula, kebanyakan warganet bersetuju dengan beliau. “Wa hari2 lalu …smpai dh jadi mcm tugu dh bendalah tuu…,” kata @abgkamaluda.

Pemilik akaun @ranggamuffin juga turut mengakui perkara tersebut dengan menulis di ruangan komen, “Jalan ni tak tau nak kata apa.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: