Antarabangsa

Dapat Hidayah Sebab Bapa Benci Islam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Seorang gadis jelita dari negara matahari terbit, Miki Omori telah kembali ke agama fitrah lagi suci iaitu Islam baru-baru ini.

Perjalanannya dalam cahaya hidayah bermula disebabkan oleh kebencian bapanya terhadap agama Islam. Tidak bersetuju dengan tanggapan salah bapanya terhadap Islam membangkitkan semangat untuk beliau mula mempelajari agama tersebut.

Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian beliau di peringkat Sarjana dalam bidang kebudayaan Islam.

Kecintaannya kepada Islam membawa Miki untuk mengambil keputusan menjadi pelajar praktikal di sebuah institut dakwah Jepun, Japan Da’wah Centre in Osaka (JDC).

Gadis Jepun itu bukan sahaja mengambil peluang belajar agama di JDC setiap minggu, malah beliau juga aktif berdakwah untuk menyebarkan sinar cahaya hidayah kepada warga Jepun dengan harapan agar lebih ramai kembali kepada agama fitrah mereka.

Menurut hantaran facebook Zulkarnain Hasan Basri, lebih ramai gadis-gadis Jepun menghampiri Islam membuatkan warga Jepun tidak mampu menafikan kehadiran Islam. Gadis-gadis muda ini antaranya merupakan pelajar-pelajar universiti terkemuka di Jepun.

“Doakan agar kami yang berdakwah di sini dilindungi Allah sentiasa, diberikan ilmu, diberikan hidayah, diberikan kekuatan, petunjuk, kepetahan untuk berkata kata, sentiasa merendah diri, dimurahkan rezeki, disatukan hati dan dibimbing Allah ke jalan yang lurus,” kata Zulkarnain mengakhiri kenyataannya.

Kita juga boleh turut berdakwah melalui usaha memberi sumbangan kepada pihak JDC.

Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Malaysia (Zakat, infaq dan Masjid)
CIMB Account Bank
Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT)
Nama: DIDBMT ENTERPRISE
(No pendaftaran:002917724-D)
Current Account : 8603519647

Malaysia (Zakat, infaq dan Masjid)
CIMB Account Bank
Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT)

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button