Politik

DAP Tak Perlu Kurangkan Kecinaan Demi Undi Melayu – Ronnie Liu

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHAH ALAM, 14 April 2021 – Anggota jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu berkata, parti itu tidak perlu mencairkan kecinaannya demi mendapatkan sokongan kaum Melayu.

“DAP adalah parti pelbagai kaum. Parti ini tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik kita.”

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek itu lagi, DAP perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi bukanlah sampai ke tahap menggambarkan diri sebagai parti bukan Cina.

“DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.”

“Kita harus memelihara budaya parti, serta semangat perlembagaan parti, perjuangan politik pluralistik dan demokratik.”

“Kamu tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dengan pendekatan ini,” ujarnya lagi.

Mantan Perdana Menteri ke- 7, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini melabelkan DAP sebagai parti ekstrem yang hanya berkhidmat untuk satu komuniti berdasarkan pengalamannya bekerjasama dengan DAP menerusi Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan ini juga dilihat selari dengan kenyataan professor UniSZA, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah bahawa, DAP lebih memilih untuk menjadi lebih Cina daripada China.

“Sehingga satu ketika, DAP turut menolak apa jua konsep asimilasi ke atas bangsa Malaysia kerana dikaitkan dengan elemen UMNO untuk memelayukan Cina.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button