Antarabangsa

Mantan Pekerja Twitter Disabitkan Mengintip Untuk Arab Saudi, Dipenjara 3 1/2 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 15 Disember 2022 – Mantan Pengarah Twitter Inc telah didapati bersalah atas kesalahan mengintip Arab Saudi dengan mengkongsikan data-data pengguna beberapa tahun yang lalu.

Kes itu tertumpu kepada usaha Abouammo mencari maklumat mengenai dua pengguna Twitter, jam tangan AS$42,000 (RM185,000) yang diterimanya daripada pegawai Arab Saudi dan sepasang pemindahan kawat AS$100,000.

Lapor portal, pendakwa raya berkata, Abouammo, yang menyelia hubungan Twitter dengan wartawan dan selebriti di Timur Tengah dan Afrika Utara, menyampaikan maklumat sensitif daripada sistem syarikat untuk membantu pegawai Saudi mengenal pasti dan mengesan pengguna Twitter yang diminati.

Perbuatan mantan Pengarah tersebut turut berpotensi mendedahkan para pengguna kepada penganiayaan.

Ahmad Abouammo telah didapati bersalah oleh seorang juri pada Ogos lalu dalam sebuah perbicaraan yang dilakukan di mahkamah persekutuan San Francisco.

Berkenaan kesalahan yang telah dilakukan itu, para pendakwaraya telah meminta agar hukuman yang dijatuhkan adalah tujuh tahun penjara dengan alasan agar “hukuman tersebut cukup kuat bagi menghalang orang lain di dalam industri teknologi dan media sosial menjual data pengguna”.

Namun, para peguam bagi Abouammo telah meminta agar Hakim Daerah AS, Edward Chen memberikan hukuman pengurungan di rumah Abouammo di Seattle tanpa sebarang tempoh di dalam penjara.

Abouammo sebelum ini telah bekerja di Twitter selama tiga tahun, iaitu daripada tahun 2013 sehingga tahun 2015.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: