Tempatan

DAP Sarawak Nafi ‘Asyik Cari Salah’ Kerajaan Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2023 – Ahli Parlimen Bandar Kuching DAP, Dr Kelvin Yii menafikan dakwaan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa DAP Sarawak sering mencari salah kerajaan negeri.

Yii berkata dakwaan itu tidak benar kerana DAP Sarawak telah memberi kerjasama yang baik dalam pentadbiran negeri itu dengan memainkan peranan sebagai semak dan imbang.

BACA JUGA: Pencemaran Sisa Buangan Industri Dikesan Di Kempas

BACA JUGA: Penulis Menang, Disaman Guan Eng Setelah Persoal Motif Sumbangan RM4 Juta Sekolah Vernakular

BACA JUGA: YDPA, Raja Permaisuri Agong Sekeluarga Berangkat Tunai Haji

“Oleh kerana DAP Sarawak mengambil berat dan mahukan yang terbaik untuk negeri ini, kami memainkan peranan sebagai semak dan imbang bagi memastikan pelaksanaan dasar yang betul untuk mengelakkan sebarang pembaziran atau penyalahgunaan, tidak kira betapa baiknya hasrat kerajaan sedia ada.”

“Itulah peranan kita sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dalam negeri ini,” ujarnya.

Tegasnya, mahukan yang terbaik untuk negeri bukan sekadar memuji kerajaan tetapi, yang lebih penting, menuntut ketelusan dan akauntabiliti bagi setiap projek dan juga hala tuju sebarang keputusan dasar.

Terdahulu, Abdul Karim membidas DAP Sarawak kerana sering mengkritik kerajaan negeri pimpinan GPS.

“Walaupun kerajaan negeri melakukan dengan sangat baik dalam menguruskan kewangan, sumber atau infrastruktur, DAP Sarawak akan memilih untuk berdiam diri atau mencari perkara untuk dikritik.”

Semalam, Pemuda DAP Sarawak mengkritik tindakan kerajaan yang membelanjakan RM30 juta untuk projek pembinaan tiang bendera tertinggi negara.

Ketuanya, Peter Hee menuduh kerajaan negeri gagal menangani kesan ekonomi yang teruk kepada rakyat.

Katanya, dana sebanyak itu lebih baik dibelanjakan untuk projek praktikal dan program pembasmian kemiskinan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: