Tempatan

Muslim Leka Berpolitik, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Perundangan Syariah – Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2023 – “Kita sibuk politik.
Lupa dan alpa bahawa undang-undang jenayah Syariah bakal jatuh kesemuanya.
Kita sibuk menjaja politician, ….tetapi tak hirau kes demi kes mencabar undang-undang dan kedudukan shariah akan berlangsung dalam bulan ini dan depan,” kata peguam, Lukman Sheriff dalam Facebooknya.

Kebimbangan ini dinyatakan selepas beliau mendedahkan, dalam masa sebulan dua ini, mahkamah akan mendengar cabaran undang-undang jenayah Syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah Syariah yang lain.

Lebih malang lagi, tiada Majlis-Majlis Agama Negeri yang mencelah dalam kes ini.

BACA JUGA: Taman Rekreasi Ayer Panas Dijual Kepada Syarikat Swasta – Portal

BACA JUGA: Disyaki Pengikut Ahmadi Religion, Polis Berkas Lapan Individu Terlibat Himpunan LGBT

BACA JUGA: KDYMM Pemangku Raja Pahang Sokong Projek Jalan Batal Demi Flora Fauna

“Saya difahamkan majlis-majlis agama tidak mencelah. (Kalau berlainan beritahu saya). Saya tak pasti siapa mencelah. Kalau tiada yang mencelah, jelas kita akan rugi. Kita kena akur sahaja keputusan mahkamah yang tidak mendengar suara kita.”

Tambah beliau, selain kes ini, kes Indira Ghandi juga akan berlaku.

“Selain itu kes Indira Ghandi II akan berlaku juga. Strategik litigation ini sungguh teratur kerana mereka ini menyusun cabaran mahkamah di setiap negeri. Hak mualaf memelihara anak mereka bakal terhapus. Undang-undang kita discourage mereka untuk memeluk Islam. Ini sudah tak betul. Sepatutnya kepentingan anak-anak yang diutamakan,” tegas Lukman Sheriff.

Dalam kenyataannya, Lukman Sheriff turut memberi perbezaan usaha yang dilakukan oleh pihak yang menyokong Sekolah Vernakular apabila mereka dicabar di mahkamah berbanding usaha orang kita sendiri.

“Tuan-tuan dan puan-puan cuba bandingkan apabila Sekolah Vernakular dicabar di mahkamah. Berbondong-bondong NGO dan pihak mereka mencelah dalam kes ini. Mereka fight.”

“Jelas kita sudah jauh menyimpang dan tetapi masih berpeluk tubuh.”

“Nasib dan keadaan kita tidak akan berubah selagimana kita tidak mengubahnya. Inilah yang dikatakan dalam al-Quran. Kalau kita tidak fight jangan harap orang lain akan fight untuk kita,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: