Antarabangsa

Facebook Benarkan Seru Bunuh Putin Tapi Diamkan Suara Pertahan Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 Mac 2022 – Laman media sosial gergasi, Facebook, baru-baru ini mengubah undang-undang mereka berkaitan ‘hate speech’ ataupun ‘percakapan yang menghasut’ untuk membenarkan pengguna menyeru kepada pembunuhan ke atas tentera Rusia dan Putin.

Bagaimanapun, laman tersebut dikecam kerana ‘mendiamkan’ sebuah bual bicara ilmiah yang membincangkan tentang nasib rakyat Palestin pada tahun 2020.

Mengikut garis panduan asal Facebook, hantaran-hantaran yang mengajak kepada kebencian, keganasan, dan pembunuhan (terutamanya) adalah dilarang dengan keras.

Namun, lapor The Washington Post, Andy Stone, jurucakap Facebook menyatakan ‘keringanan’ bakal diberikan kepada mereka yang ingin menyeru kepada pembunuhan tentera Rusia.

“Berdasarkan penaklukan Rusia ke atas Ukraine, kami telah benarkan buat sementara waktu hantaran berbaur politik yang kebiasaannya akan melanggar garis panduan kami, seperti percakapan yang ganas, sebagai contoh: ‘matilah penjajah Rusia’,” ujarnya.

Bagi nasib umat Palestin pula, Facebook telah menyekat sebuah forum berjudul “Naratif Siapa? Apakah Kebebasan Bersuara yang Palestin Ada?” dari ditayangkan secara siaran langsung melalui laman Facebook.

Lapor al Jazeera, forum tersebut menampilkan jurucakap yang berkredibiliti seperti Leila Khaled dan Ronnie Kasrils.

Bukan itu sahaja, forum tersebut juga dianjurkan oleh tiga badan akademik terkemuka: San Francisco State University, Council of UC Faculty Associations (CUFCA), dan University of California Humanities Research Institute (UCHRI); namun, Facebook sudah menetapkan nasibnya, untuk tidak ditonton umum.

“Semenjak dua ini, media sosial merupakan ‘talian hayat’ bagi mereka yang mahu memberikan kesedaran tentang sebarang permasalahan ataupun penderitaan yang disisih media arus perdana.

Namun, syarikat teknologi kini dengan giat sedang berusaha untuk menyisihkan suara rakyat Palestin dari platform-platform mereka,” kata Omar Zahzah, seorang penulis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: