Antarabangsa

Dana Pelaburan Maharlika’ Dibantah Warga Filipina, Teringatkan 1MDB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

FILIPINA, 06 Disember 2022 – Arahan Presiden Filipina, Ferdinant Marcos Jnr terhadap penubuhan sebuah dana pelaburan yang menggunakan dana persaraan bagi para pekerja awam dan swasta telah dibantah dengan tegas oleh warganegara tersebut.

Mereka yang membantah rancangan presiden itu telah mambuat perancangan untuk mengadakan siri bantahan sepanjang minggu ini. Sebuah petisyen untuk membantah perkara tersebut juga telah dibuat dan kini telah menerima sekitar 25,000 tandatangan.

“Maharlika Investment Fund” (MIF), dirancang untuk ditubuhkan bagi tujuan menjana keuntungan daripada pelaburan-pelaburan untuk membiayai projek-projek kerajaan serta mengurangkan kadar kemiskinan di negara tersebut.

Namun terdapat kebimbangan oleh orang awam bahawa dana tersebut dapat digunakan oleh keluarga Marcos serta orang-orang yang rapat dengan beliau bagi tujuan penyalahgunaan wang dan mengheret Filipina ke kancah skandal kewangan seperti 1MDB sebagaimana yang telah berlaku di Malaysia.

Cadangan bagi mewujudkan dana tersebut telah dibuat oleh tiga orang Ahli Parlimen yang sememangnya mempunyai kaitan rapat dengan Marcos.

Mereka adalah sepupu Marcos, Speaker Ferdinand Martin Romualdez, isteri kepada sepupunya, Yedda Marie Romualdez serta anak sulung beliau, Ferdinand “Sandro” Alexander Marcos.

Akhbar Philippine Daily Inquirer telah melaporkan pada Isnin lalu bahawa bil bagi cadangan dana tersebut “sedang bergerak dengan laju”. Ianya telah difailkan pada 28 November lalu dan telah diterima secara pada hari seterusnya oleh ahli komiti bank-bank yang terlibat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: