Antarabangsa

Dana Pelaburan Arab Saudi Tahun 2022 Berjaya Cipta 181 Ribu Pekerjaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 7 Ogos 2023 – Jumlah kadar pekerjaan di Arab Saudi telah meningkat secara mendadak dengan penglibatan dana asing yang telah membuka sebanyak 25 buah syarikat dan menyediakan 181,000 pekerjaan pada tahun 2022.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada laporan tahunan rasmi 2022 yang diterbitkan pada Ahad lalu, Public Investment Fund telah melancarkan pelbagai buah syarikat pada tahun lalu seperti Saudi Coffee Co, dan Halal Products Development Co.

Aset-aset bagi dana tersebut yang berada di bawah pentadbiran telah meningkat sebanyak 12.8 peratus kepada jumlah 2.23 trilion Saudi Riyal pada tahun 2022, berbanding hanya 1.98 trilion Saudi Riyal pada tahun sebelumnya.

BACA JUGA: Lebih 5 Tahun, Projek RM7 Juta Gagal Selesai Masalah Muara Cetek

BACA JUGA: Pihak Berkuasa Agama Jadi Pencelah Dalam Kes Nik Elin – Menteri

BACA JUGA: Cuaca Panas : Sungai Tembeling Mula Cetek

Pihak pengurusan dana tersebut telah membuat sasaran untuk meningkatkan kadar aset di bawah pengurusan mereka sehingga berjumlah 4 trilion Saudi Riyal pada tahun 2025.

Menurut laporan tersebut, Saudi Equity Holdings mewakili 32 peratus daripada jumlah aset keseluruhan di bawah pengurusan sehingga akhir tahun 2022.

Laporan yang sama juga menyatakan bahawa dana tersebut telah menjadikan pelaburan antarabangsa bernilai 512 bilion Saudi Riyal pada akhir tahun 2022, di mana pada masa yang sama aset tempatan kukuh dengan nilai 2.71 trilion Saudi Riyal.

Pihak pengurusan dana tersebut pada tahun lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bercadang untuk membuka sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan bagi tahun-tahun yang akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: