Antarabangsa

Dana Derma Polis Perancis Dirakam Membunuh Remaja Berketurunan Algeria Cecah RM4.4 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 04 Julai 2023 – Jumlah pengumpulan derma bagi seorang anggota polis Perancis yang telah membunuh seorang remaja sewaktu di perhentian trafik telah meningkat dan telah mencetuskan kemarahan para aktivis serta ahli-ahli politik.

Pada 27 Jun lalu, tertuduh telah dirakam sedang menembak sebuah kereta yang dipandu oleh Nahel Merzouk, seorang remaja berusia 17 tahun yang berketurunan Afrika Utara.

BACA JUGA: Pemimpin Bersatu Dakwa DAP Kerap Ugut Tun M Ketika Jadi PM

BACA JUGA: Saman Seluar Pendek: Bantahan Hak Asasi Bukan Melayu Dicabul Tak Berasas – Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Kemaman: Kawasan Perkelahan Jeram Mawar Ditutup

Tembakan tersebut telah menyebabkan kematian Nahel dan telah mencetuskan rusuhan besar-besaran di seluruh Perancis disebabkan insiden tersebut.

Namun derma yang bertujuan untuk membantu anggota polis yang telah melepaskan tembakan tersebut, yang mana ianya dimulakan oleh Jean Messiha, mantan penasihat ahli politik Marine Le Pen menerusi aplikasi GoFundMe kini telah mencecah sekitar $1.5 juta pada Isnin lalu.

Kempen pengumpulan dana untuk membantu anggota polis yang menembak Nahel itu telah dikutuk oleh pelbagai pihak, antaranya adalah dari kalangan ahli politik jalur kiri serta ahli politik berhaluan tengah.

Pihak polis telah menghantar 45,000 anggota di jalan-jalan di sekitar Perancis pada waktu malam untuk meredakan rusuhan yang berlaku di bandar-bandar termasuk Paris, Strasbourg, Merseille dan Nice.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: