Tempatan

Dalamkan Sungai Sebelum Musim Monson Timur Laut – Tengku Hassanal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 17 Mei 2022 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kerajaan Pahang yang berada di bawah naungan baginda untuk bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) supaya segera melaksanakan kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai yang menjadi punca utama berlakunya banjir kilat di Janda Baik baru-baru ini.

“Saya bertitah agar pelaksanaan kerja-kerja pembersihan semua sungai dan saliran tersebut mesti dilaksanakan segera oleh Kerajaan saya dan Kerajaan Persekutuan sebelum negara memasuki musim Monsun Timur Laut pada hujung tahun ini.”

Dalam pada itu, Kebawah Duli Tuanku turut bertitah bahawa kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai itu tidak hanya dilakukan di Janda Baik sahaja, malah ia perlu dilaksanakan di semua sungai dan saliran yang telah cetek berikutan dari mendapan yang berlaku akibat musibah banjir yang melanda negeri itu.

Kebawah Duli Tuanku bertitah agar Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bentong serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di Bentong termasuk pembinaan Stesen Telemetri dan Stesen Amaran Banjir di huluan kawasan Janda Baik dilaksanakan dalam kadar segera.

“Saya telah menziarahi mangsa banjir di kawasan Janda Baik pada 13 Mei 2022. Selain menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir, saya juga melawat kawasan banjir dan mendengar persembahan taklimat tentang tindakan susulan segera tebatan banjir bagi mengurangkan risiko banjir.”

“Saya mengambil maklum bahawa hujan lebat luar biasa pada 11 Mei 2022 dengan kelebatan 87.5 mm selama tiga jam bermula pada 4.00 pagi di Bentong, Pahang telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan seperti di kampung Janda Baik, Kampung Sum-Sum, Kampung Cherigin, Kampung Chemperoh dan Kampung Lampin,” titah Kebawah Duli Tuanku.

Menurut laporan berita Sinar Harian yang diterbitkan beberapa hari lepas, bagi menjunjung titah KDYMM Pemangku Raja Pahang, KASA telah menjalankan tugas mereka dengan melakukan penilaian bagi kerja-kerja pembaikan dan penambahbaikan berhubung masalah banjir kilat tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: