Gaya Hidup

Dakwah Unik Gadis Mualaf Jepun

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Penulis tertarik dengan kisah seorang gadis mualaf Jepun yang baru memeluk Islam tanggal 10 Oktober baru-baru ini. Beliau telah memilih nama Madihah Mayaa yang membawa maksud seorang yang terpuji.

Madihah menceritakan beliau mendapat hidayah Allah melalui mimpi tentang sahabatnya, ada di antara mereka dimasukkan ke dalam syurga dan ada juga yang dimasukkan ke dalam api neraka. Beliau terkesan dengan mimpi tersebut dan membuat keputusan untuk kembali ke agama fitrah iaitu Islam. Allah yang Satu.

Madihah merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti “Program Internship with Japan Da’wah Centre (JDC)” sejak Mac 2021.

Sekarang beliau bekerja secara separuh masa dalam perniagaan halal dan dalam masa yang sama belajar tentang Islam dalam program tersebut.

Gadis Jepun ini merupakan seorang yang sangat berani dan kental. Madihah mengadu tentang kesedihan beliau tidak dapat merasai lagi masakan ibunya yang sudah sebati dengan kehidupan beliau sejak kecil. Namun, beliau korbankan keinginannya itu kerana mahu istiqamah menuju ke redha Allah S.W.T.

Baru-baru ini, Madihah dan Aishah dari JDC telah menghadiri sebuah ekspo fesyen di Osaka. Mereka singgah ke setiap booth yang ada sebagai usaha dakwah memberi pengenalan mengenai Islam.

Madihah mendapati para peserta ekspo itu sepertimana masyarakat Jepun secara umumnya langsung tidak mengetahui tentang agama Islam, apatah lagi konsep halal.

Perbualan itu memberi inspirasi kepada Madihah dan Aishah untuk mula menyampaikan mesej dakwah secara halus dengan memberi penerangan tentang konsep halal dan peripentingnya halal dalam kehidupan Muslim.

“Kami cuba menyampaikan mesej halal dengan cara datang ke ekspo atau event seperti ini, berhubung dengan syarikat-syarikat Jepun untuk menerangkan halal kepada mereka, secara tidak langsung mesej Islam akan tersebar kepada mereka.”

Selain berdakwah di ekspo perniagaan, Madihah juga membuat inisiatif melawat sebuah syarikat kecantikan terkemuka di Jepun yang telah beroperasi selama lebih 120 tahun dalam industri penjagaan kesihatan.

Lawatan itu bertujuan untuk menjalinkan perniagaan bersama dan pada masa yang sama, memberi pendedahan kepada syarikat tersebut akan kepentingan menghasilkan produk penjagaan kesihatan yang halal supaya dapat dipasarkan ke pasaran pengguna Muslim.

Pepatah Jepun mengatakan,「一石二鳥 (isseki ni chou) “killing 2 birds with one stone”. Inilah yang dilakukan gadis mualaf Jepun ini dalam usahanya menyebarkan benih dakwah Islam kepada syarikat terkenal tersebut.

Semoga perjuangan Madihah dan pihak JDC menyebarkan dakwah Islam di bumi Nippon ini terus berkembang dan dipermudahkan Allah SWT.

Kita juga boleh turut berdakwah melalui usaha memberi sumbangan kepada pihak JDC.

Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Malaysia (Zakat, infaq dan Masjid)
CIMB Account Bank
Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT)
Nama: DIDBMT ENTERPRISE
(No pendaftaran:002917724-D)
Current Account : 8603519647

Malaysia (Zakat, infaq dan Masjid)
CIMB Account Bank
Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT)

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: