Tempatan

Dakwaan Terima RM15 Juta, Anwar Failkan Saman Fitnah Terhadap Muhyiddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2022 – Susulan dakwaan menerima RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Lapor portal berita tempatan, peguam utama Anwar, Sankara Nair mengesahkan bahawa writ saman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut Anwar, dakwaan itu adalah palsu, sebuah fitnah dan cubaan memperlekehkan dirinya sekali gus dibuat dengan niat jahat. Ia juga menggambarkan dirinya sebagai seorang penipu, tidak boleh dipercayai dan tidak jujur terhadap penerimaan jutaan ringgit sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Tegas beliau, “Kenyataan fitnah ini dirancang terlebih dulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi dan perwatakan saya secara serius selain memburukkan nama baik dan karakter saya yang juga penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.”

Sehubungan itu, pada 7 Disember, Anwar mengeluarkan surat tuntutan kepada Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf dalam tempoh tiga hari selepas membuat kenyataan di ceramah Grand Finale PN sewaktu kempen pilihan raya 5 Disember lalu.

Namun begitu, katanya, “Muhyiddin keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik (kenyataan) yang sama tetapi terus menerbitkan perkataan fitnah itu dengan sengaja dan tidak memadamkannya sehingga kini.”

Justeru itu, beliau membuat beberapa tuntutan termasuk ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan, perintah injunksi terhadap bekas Perdana Menteri daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai Anwar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: