Tempatan

Dakwaan Sekolah Pondok Sebar Ekstremisme Perlu Ada Bukti – Mohd. Zahid

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2022 – Pengetua Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd. Zahid Mahmood menegaskan bahawa sebarang dakwaan bahawa sekolah pondok menjadi medium penyebaran ekstremisme perlulah didatangkan dengan bukti.

Mengulas lanjut, beliau memetik statistik yang dikemukakan pihak polis pada tahun 2019, di mana hasil dapatan kajian mendapati tidak ada sekolah tahfiz atau pondok pun yang terlibat dengan aktiviti keganasan mahupun fahaman yang terpesong.

Namun, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa ada fahaman ekstrim yang berjaya meresap dalam sesetengah pusat pengajian.

“Kemungkinan ada, tetapi tidak boleh kita letakkan seolah-olah keseluruhan pusat pengajian tersebut berkemungkinan mempunyai fahaman ekstremis atau melahirkan pengganas,” tegas beliau, seperti yang dilaporkan portal tempatan.”

Beliau turut mengingatkan supaya sebarang pandangan agama diberikan dengan berhati-hati kerana hal yang demikian boleh membawa kepada fitnah dan natijah yang buruk.

Leave a Reply

Back to top button