Tempatan

Dakwaan Hakim Bogel, Siasat Sama Ada Benar Atau Tidak – Mantan Mufti

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2022 – Bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya mahu siasatan terhadap laporan penularan audio seorang wanita yang mendakwa berhadapan dengan gangguan seksual oleh seorang hakim kanan syarie dipastikan kebenarannya.

“Siasat sama ada benar atau tidak. Kita tidak boleh biarkan orang mencemarkan institusi agama kita. Orang yang ditohmah itu pula membabitkan hakim kanan syariah.”

Sebagai bekas Ketua Hakim Syarie dan bekas Mufti Terengganu, beliau merasa terganggu dengan tohmahan seperti ini kerana ia akan menjejaskan imej institusi kehakiman syariah sekaligus mengancam kredibiliti institusi tersebut.

Sehubungan dengan itu, Datuk Ismail Yahya telah membuat satu laporan polis pada April tahun lalu dan mengharapkan siasatan dilakukan bagi membersihkan perkara ini pada mata umum dan membebaskan institusi kehakiman daripada terpalit dengan tohmahan dan fitnah.

“Saya buat laporan polis kerana mahu memastikan kebenaran perkara ini.”

Perkara tersebut telah mencetuskan polemik dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad campur tangan dalam kemelut institusi kehakiman syariah di negara ini.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) (HEA) sebelum ini menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri (HEA) tidak akan campur tangan dalam tuduhan isu moral yang melibatkan seorang pegawai kehakiman syariah.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa pihak polis dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.”

Leave a Reply

Back to top button