Antarabangsa

Demam Tomato Merebak Di India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 22 Ogos 2022 – “Di saat kita berhadapan dengan kemungkinan munculnya gelombang keempat COVID-19, virus baharu yang dikenali sebagai selesema tomato, atau demam tomato, telah muncul di India di negeri Kerala menjangkiti kanak-kanak di bawah usia 5 tahun,” lapor The Lancet.

Demam tomato ini pertama kali dikenal pasti pada 6 Mei 2022 di daerah Kollam, Kerala. Setakat 26 Julai 2022, lebih 82 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun telah dijangkiti dengan penyakit ini.

Menurut The Lancet, demam/selesema tomato ini mungkin kesan selepas (after-effect) penyakit chikungunya atau demam denggi bagi kanak-kanak dan bukannya jangkitan virus.

Virus ini juga boleh menjadi varian baharu penyakit tangan, kaki dan mulut, penyakit berjangkit biasa yang menyasarkan kebanyakannya kanak-kanak berumur 1-5 tahun dan orang dewasa yang lemah imunnya.

Demam tomato ialah penyakit yang boleh sembuh sendiri dan tiada ubat khusus wujud untuk merawatnya.

Antara simptom demam tomato adalah:

– Demam

 

– Sakit dalam mulut

 

– Ruam dengan lepuh di tangan, kaki dan punggung

 

– Sakit badan

 

– Bengkak sendi

 

– Keletihan

 

– Iritasi kulit

 

– Dehidrasi

 

– Sakit perut

 

– Cirit-birit dan loya

 

– Muntah

Selain dari Kerala, Tamilnadu, dan Odisha, tiada wilayah lain di India terkesan dengan virus ini. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga sedang diambil oleh Jabatan Kesihatan Kerala untuk memantau penyebaran jangkitan virus dan mencegah penyebarannya di bahagian lain di India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: