Antarabangsa

Dakwa ‘Sokong’ Hak Asasi Manusia, Barat Tenggelam Dalam Darah Rakyat Palestin – Haniyeh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 24 Oktober 2023 – Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Hamas, Ismail Haniyeh menggesa negara Barat bertanggungjawab atas dakwaan sebagai penyokong hak asasi manusia yang ‘tenggelam’ dalam darah rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan kepada penyokong Israel di Barat, Haniyeh menegaskan, “Menerusi kedudukan kamu yang menyokong perang genosid di Gaza, kamu telah jatuh dari kemanusiaan, dan telah membina tembok antara negara kamu dan negara-negara Arab dan Islam yang tidak akan pernah tumbang.”

Ujarnya, penjenayah (Israel) ini tidak membezakan antara manusia. Mereka membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua serta melakukan pembunuhan beramai-ramai yang paling mengerikan di seluruh Semenanjung Gaza.

“Dengan bertindak sedemikian, mereka membuka halaman memalukan dalam sejarah mereka yang berlumuran darah.”

Pemimpin itu juga berikrar, penjenayah Zionis tidak akan selamat selagimana rakyat Palestin tidak merasai nikmat keselamatan dan kebebasan.

Haniyeh turut menempelak dan mengecam keras pemimpin Arab dan Islam dengan berkata, “Betapa banyak darah dan pembunuhan beramai-ramai diperlukan agar kamu menjadi marah dan mengambil pendirian bersejarah dalam menghadapi pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak, wanita dan orang tua di Gaza?”

Terdahulu, pemimpin dan penyokong Israel di Barat melawat wilayah pendudukan Palestin serta menjanjikan sokongan ketenteraan terhadap rejim itu.

Mereka mendakwa bahawa jenayah genosid rejim Israel terhadap rakyat Palestin adalah satu contoh ‘mempertahankan diri’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: