Tempatan

Dakwa ‘Kerajaan Bakal Buang 800,000 Penjawat Awam’, SKMM Siasat Awesome TV

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 21 Februari 2023 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuka kertas siasatan terhadap Awesome TV berikutan tindakan stesen TV itu menyiarkan laporan bahawa Kerajaan bakal memecat 800,000 penjawat awam.

Menerusi kenyataan suruhanjaya itu, kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) disebabkan kegagalan mematuhi syarat lesen.

BACA JUGA: Negara Dalam Bahaya Sekiranya Pandemials & Precariats Tidak Dibantu

Kata SKMM, “Apabila kertas siasatan dilengkapkan, ianya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.”

“Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.”

Dalam pada itu, SKMM menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap aduan pengguna dan komited dalam usaha untuk meningkatkan tahap pematuhan para pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I) agar kandungan yang disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma masyarakat selaras dengan AKM 98 dan Kod Kandungan.

BACA JUGA: Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Berkuat Kuasa Sehingga Isnin Depan

Tambahnya, setiap aduan akan diteliti berdasarkan peruntukan akta tersebut, peraturan-peraturan berkaitan dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Antara tatacara/proses aduan yang dibuat adalah seperti memanggil pihak penyiar yang diadukan untuk tampil mengemukakan penjelasan bagi menentukan bentuk tindakan penguatkuasaan yang akan diambil.”

BACA JUGA: Turkiye-Syria Digegar Sekali Lagi, 3 Terkorban

Kenyataan SKMM dibuat selepas pihaknya bertemu pengurusan Awesome TV bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai laporan pemecatan Kerajaan terhadap 800,000 penjawat awam.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan, Awesome TV telah melakukan enam kesalahan yang direkod setakat ini, termasuk dakwaan bahawa Kerajaan bercadang membawa masuk pakar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Nga Kor Ming menyangkal laporan itu dan mempertahankan perkhidmatan awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: