Antarabangsa

Dakwa ICC Ganggu Gugat Kedaulatan Negara Presiden Filipina Putuskan Hubungan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

FILIPINA, 29 MAC 2023 – Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. telah memutuskan hubungan kerajaannya dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah tribunal tersebut menolak sebuah permohonan untuk menghentikan siasatan terhadap mantan Presiden, Dutarte berkenaan tindakannya dalam memerangi pemerdagangan dadah.

Marcos membuat pengumuman berkenaan pemutusan tersebut pada Selasa lalu di Manila sewaktu sesi bersama pihak media.

Menurutnya, “Ini telah menghentikan segala penglibatan kita dengan ICC”.

“Pada saat ini, kita memang telah memutuskan daripada sebarang perhubungan, sebarang komunikasi”.

BACA JUGA: Peniaga Bas Boleh Naikkan Tambang 10 Peratus Musim Raya

BACA JUGA: Dakwaan Sembelih Ayam Tidak Ikut Syarak, JAIPk Lakukan Siasatan

BACA JUGA: Kesan Mansuh Hukuman Mati Mandatori Sudah Dimaklumkan Kepada Keluarga Mangsa? – Lukman Sheriff

Keputusan tersebut dibuat setelah ICC menolak permohonan kerajaan Filipina agar menggugurkan penyiasatan mengenai tuduhan pembunuhan dan penyamaran polis sewaktu dalam perang menentang dadah yang dilancarkan oleh mantan Presiden, Rodrigo Dutarte.

Mahkamah yang berpusat di Hague itu membuka semula fail siasatan kes tersebut pada Januari tahun ini setelah kes tersebut digantung pada 2021 setelah diminta oleh Filipina yang menyatakan bahawa kerajaan mereka sedang menjalankan penyiasatan sendiri.

Pada kenyataan yang sama, Marcos menyatakan bahawa Filipina tidak boleh bekerjasama dengan ICC disebabkan banyak persoalan mengenai peraturan dan undang-undang mereka, serta perkara-perkara yang dianggap oleh Filipina sebagai campur tangan dan serangan terhadap kedaulatan negara tersebut.

Para pegawai Filipina juga turut menyatakan bahawa pihak berkuasa mereka mampu untuk menjalankan penyiasatan itu dengan sendiri tanpa campur tangan pihak luar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: