Tempatan

Kekang Pelajar, PM Digesa Mansuh AUKU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 02 Mac 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim digesa untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kerana ia didakwa mengekang pelajar, menurut laporan sebuah berita tempatan.

Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ooi Guo Shen berkata kesatuannya itu menuntut agar undang-undang yang pernah dikenakan terhadap pelajar yang menjemput beliau untuk hadir ke kampus dimansuhkan.

BACA JUGA: UMMAH Gesa Menteri Tarik Segera Filem Mentega Terbang

BACA JUGA: Lebih Separuh Responden Setuju Transgender Berhak Peroleh Kehidupan – IPSOS

BACA JUGA: PERHATIAN: Jalan Kuantan-Segamat Tutup Sampai Sabtu

Pada ketika itu, Anwar Ibrahim menyandang jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Menurutnya, AUKU secara langsung telah menyebabkan penggantungan enam pelajar manakala dua yang lainnya dikenakan denda pada 2014, selepas mereka menjemput Anwar berucap di kampus tanpa kelulusan dari pihak universiti.

Pelajar berkenaan yang dikenali sebagai “UM8” telah disiasat serta dituduh mengikut Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2019, kata berita itu.

“Dengan AUKU, pelajar tidak mempunyai hak untuk bercakap dengan bebas.”

“Sekiranya anda mahu inisiatif bermakna buat pelajar, anda kena perkasakan mereka,” kata Ooi.

Katanya, sekiranya AUKU dimansuhkan, pelajar tersebut akan diiktiraf sebagai mangsa sekali gus akan menegakkan keadilan.

Sebelum ini, ADUN Tanah Rata DAP, Ho Chi Yang turut menggesa Kerajaan Perpaduan untuk memansuhkan AUKU demi “menjamin secara institusi” autonomi pelajar di pusat pengajian tinggi.

Bagaimanapun, pada minggu lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam Sidang Parlimen di Dewan Rakyat mengatakan bahawa AUKU masih lagi relevan dalam menguatkuasakan fungsinya dalam hal tadbir urus universiti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: